MAKLUMAN :
Mulai hari ini laman blog ini adalah merupakan laman persendirian dan tidak ada kaitan dengan Persatuan Kadayan Sabah.
Oleh kerana laman ini mendapat sambutan yang sangat mengalakkan sejak ia diwujudkan, maka saya akan kembali mengaktifkan laman ini. Saya amat menghargai kunjungan dan sokongan semua pengunjung selama ini.
Terima kasih.
Anak Kadayan Sipitang
Laman Anak Kadayan
Thursday, 12 October 2017
Thursday, 14 August 2014
Kedayan Sepintas Lalu
Sumber : http://s1.zetaboards.com/anaksarawak/topic/3811949/1/
Kaum Kedayan berjumlah sekitar 100
ribu orang di Malaysia dengan tumpuan penempatan di bahagian utara Sarawak dan
Teluk Brunei di Sabah. Nama Kedayan dipercayai berasal dari kata Kedayan atau
Kadang Kadayan yang membawa maksud pengikut atau 'retainer' kepada kerabat di
raja. Nama ini dipercayai diperolehi bersempena dengan pekerjaan awal nenek
moyang mereka yang diyakini berasal dari tanah Jawa atau dari wilayah-wilayah
yang mempunyai pengaruh Jawa yang kuat.
Kepercayaan awal mengatakan yang
bangsa Kedayan ini berasal dari 40 orang tukang dan pengikut Raden Angsuka Dewa
putera raja Majapahit yang kalah bersabung ayam dengan Alak Betatar. Mereka
menjadi taruhan dan gadaian.Peristiwa ini dikatakan berlaku sekitar tahun
1340an. Penempatan asal mereka dikatakan terletak di Mejawa Jerudong Brunei.
Orang-orang tua Kedayan dahulu sering menyebut perkataan Kedayan Mejawa. Nama
Kedayan Mejawa juga pernah disebut dalam kajian lisan asal usul Kedayan oleh
UMS di Labuan.
Kedua, Kedayan dikatakan pengikut
puteri Lela Menchanai permaisuri Sultan Bokiah. Samaada mereka dibawa direct
dari lingkungan Istana Jawa atau tidak itu tidak pasti. Mungkin mereka ini
merupakan keturunan rombongan kapal yang dibawa bersama-sama dengan Puteri Lela
Menchanai. Ini adalah kerana ada pendapat yang mengatakan sewaktu berada di
Jawa, baginda Sultan Bolkiah telah menawarkan beberapa orang Jawa untuk
berhijrah ke Brunei dan menanam padi serta tanaman di sana, kerana baginda
kagum dengan keahlian bangsa Jawa ini dalam bidang pertanian. Rekod di Brunei
juga mencatatkan yang bangsa Kedayan merupakan bangsa yang pertama
memperkenalkan penanaman padi sawah di sana.
Tapi di dalam Syaer Awang Semaun,
tercatat yang bangsa Kedayan telah wujud seawal kewujudan Alak Betatar lagi.
Ini disebut di dalam kisah orang Kedayan telah menolong angkatan laut Johor
mencari Puteri Dayang Pingai yang diculik oleh Awang Semaun untuk diperisterikan
oleh Alak Betatar. Mungkin kedua-duanya benar. Kumpulan Kedayan yang pertama
ialah keturunan pengikut Raden Angsuka Dewa dan kumpulan yang kedua ialah
rombongan dari Jawa yang di bawa oleh Sultan Bolkiah dalam tahun 1524 Masihi.
Bangsa Kedayan boleh dikategorikan
kepada 3 kumpulan iaitu Kedayan Salar, Kedayan Tambing dan Kedayan Melabau.
Kedayan Salar ialah Kedayan yang asli dan pure, Kedayan Tambing ialah Kedayan
Peranakan dan Kedayan Melabau ialah Kerabat di Raja Brunei yang menyamar menjadi
Kedayan dan seterusnya menjadi Kedayan untuk mengelakkan dari dibunuh akibat
perebutan takhta. Kedayan Melabau lebih dikenali sebagai Orang Melabau. Orang
Melabau juga sebenarnya mempunyai darah Kedayan melalui ibu mereka. Kedayan
keturunan Melabau akan menggunakan nama Paduka didepan nama bagi menggantikan
Pangeran.Nama lain bagi orang Kedayan ialah Bangsa Brunei Darat atau Orang
Darat.
Dalam sejarah Brunei, peranakan
Kedayan yang paling dikenali ialah Yang Amat Mulia Pengeran Kassim atau Orang
Kaya Kassim atau Orang Kaya Harimau Padang. Ibunya seorang Kedayan berasal dari
Jerudong tapi tiada nama direkodkan. Baginda merupakan putera kepada Sultan
Saiful Rijal. Sultan Saiful Rijal dikatakan pernah mendirikan istana di kawasan
Sungai Kedayan berdasarkan penemuan arkeologi. Sumbangan terbesar Pangeran
Kassim ialah mengalahkan angkatan Kastilla Sepanyol bersama-sama dengan
Pangeran Bendahara Sakam dan 100 orang pahlawan Brunei.
Pemimpin Kedayan kedua paling terkenal
ialah Mantri Kedayan Paduka Seri Laila Orang Kaya Besar Imas dari Subok pada
abad ke 18. Beliau merupakan anak kepada Pangeran Muda Besar Abdullah dengan
seorang Kedayan, Dayang Siti Ambong binti Abdul Rahman. Orang Kaya Besar Imas
bertanggungjawab membantu Sultan Muhyiddin menewaskan Sultan Abdul Mubin dalam
perang 12 tahun. Pada zaman beliau ini keturunan Kedayan Melabau wujud. Menurut
catatan, saudara Orang Kaya Besar Imas, Pangeran Anak Jamluddin lari dari
istana akibat takut dibunuh oleh orang suruhan Sultan Jalilul Jabbar -Pangeran
Muda Besar Sulong. Sebelumnya ayah Pangeran Anak Jamaluddin, Pangeran mUda
Besar Abdullah dibunuh oleh pengawal istana berketurunan Bugis -Junggal bin
Minu. Keturunan orang Melabau terkenal yang lain ialah Paduka Seri Wahab - Raja
di Darat (diiktiraf Sultan Hashim), Panglima Paduka Jais anak Paduka Nayan.
Panglima Paduka Jais pernah merantau keseluruh Pulau Paaca ( Kedayan bagi Perca
-Borneo) mencari orang-orang Kedayan untuk mendapat sokongan bagi merampas
kembali takhta kerajaan kepada yang berhak. Pada zaman ini berlaku permusuhan
yang ketara di antara Raja Di Laut ( Brunei) dan Raja di Darat ( Kedayan )...
Pemimpin Kedayan lain yang terkenal
ialah Panglima Datu Seri Setia Ghaffar Salam hidup pada zaman Sultan Hashim
Aqamaddin. Sumbangan yang kekal sehingga sekarang ialah nama Bukit Kota. DUN
Bukit Kota Limbang mendapat nama bersempena dengan tempat ini. Bukit Kota
merupakan pusat pertahanan beliau menentang Datu Kalam dalam peristiwa Ayau
Sangkai Kalam.
Banyak lagi kisah mengenai bangsa
Kedayan yang perlu dikaji dan diketengahkan antaranya Panglima Saban ( Kedayan
Sabah dikatakan pengikut beliau), Panglima Kunchang, Haji Brunei ( Pemimpin
Kedayan Pulau Pinang zaman Francis Light), Penghulu Haji Abdul Ghafur (
pemimpin dan pengasas penempatan Kedayan Sibuti Miri ), Juragan Landak
(pemimpin Kedayan di Kuching zaman Brooke), Beliau Samah dan Radat dari Bukit
Sari ( pengasas penempatan Kedayan di Lundu) dan lain-lain. Begitu juga
sumbangan 300 orang Kedayan bersama-sama Pangeran Yusuf yang cuba menentang
peluasan kuasa oleh James Brooke dengan cuba merampas kuasa dari jatuh ketangan
Pangeran Muda Hashim.
Malagau Punai ( Memikat Burung Punai )
Sumber:
Harian Ekspres, Terbitan : 7 April 2009
Oleh
Jinius Pandakin
SIPITANG:
Biasanya kita hanya mendengar burung ditangkap menggunakan jerat, guna getah
kayu atau pukat burung. Namun Suku Kedayan di Sipitang mempunyai cara
tersendiri dan unik untuk menangkap burung, terutamanya burung punai tanah.
Burung
punai tanah seakan-akan seperti burung merpati tetapi saiznya agak kecil.
Selain
kepakaran memikat burung, suku Kedayan juga terkenal dengan tarian Anding dan
permainan muzik kayu Sadaman. Kaum Kedayan kebanyakannya tinggal di daerah
Sipitang. Selain Sipitang masyarakat ini juga tinggal di Beaufort, Labuan,
Merapok dan Lawas di Sarawak.
Cara
menangkap burung oleh orang Kedayan disebut dalam dialek mereka sendiri
'melagau'bermaksud 'memanggil'.
Seorang
penangkap burung, Shunie Adi, 50, berkatauntuk 'melagau' burung dia perlu
membina sebuah rumah kecil yang dinamakan 'bumbun'.
Berasal
dari kampung Sungai Bubus, kira-kira 6.5 km dari bandar Sipitang, Shunie
berkata, 'bumbun' itu dibuat seperti rumah 'Red Indian' zaman 'koboi' di
Amerika.
"Bumbun
ini diperbuat daripada anak-anak kayu sebanyak tujuh batang yang lurus dan
ditutup dengan daun-daun. Bumbun ini boleh menempatkan satu atau dua orang di
dalam dan jika dilihat dari luar, burung yang di 'lagau' (dipanggil) tidak akan
sedar ada sesiapa di dalam 'bumbun' itu.
Di
depan, lubang kecil 'bumbun' ini dibuat satu tapak seperti padang kecil tempat
burung-burung punai hinggap. Tapakmini jaraknya tujuh tapak kaki dari 'bumbun'
dan tujuh tapak kaki lebar orang dewasa yang dibersihkan. Semasa memanggil
burung, tapah ini ditabur makanan seperti padi atau jagung.
Satu
alat khas yang dipanggil 'dukut' diperbuat daripada bambu nipis yang ukur lilit
bulatannya 4 sm dan 98 sm panjang dan hujungnya disambung dengan buluh nipis
berbentuk seperti alat muzik.
Alat
ini ditiup dari dalam bumbun yang mengeluarkan bunyi seperti burung punai tanah
iaitu 'poo'. Ia ditiup tujuh kali berselang seli. Bunyi dukut itu akan menjadi
tarikan burung yang ada di sekitarnya.
Kata
Shunie, burung yang datang di tapak rumah 'bumbun' itu, semasa memakan umpan
yang ditabur akan menjadi leka.
"Sebelum
'melagau' dilakukan, terlebih dahulu 'mantera' dibaca dan beberapa petua
dilakukan sebanyak tujuh kali, mengambil tujuh helai daun kayu yang tumbuh dari
arah depan bumbun bertujuan memanggil semangat burung itu dan tapak di mana
burung itu turun juga ditanam 'benda' yang boleh menarik perhatian burung
suoaya datang ke tempat tersebut.
"Beberapa
'gerakan' seperti memusing-musing dukut sebanyak tujuh kali akan dilakukan oleh
si pemanggil di depan bumbun sebelum memulakan kerja melagau", katanya.
Shunie
turut 'menurunkan' sedikit penulis dan mendedahkan 'benda' yang dikuburkan.
Tetapi ia dirahsiakan.
Jika
silap melagau kata Shunie, lain yang akan datang. 'Orang halus' yang menyerupai
binatang atau perempuan yang akan datang.
Menurutnya,
jika ada sekumpulan lalat besar berwarna hijau, maka ini bermakna ada sesuatu
yang cuba menganggu. Tetapi biasanya kejadian seperti ini jarang berlaku.
Dalam
pada itu, burung-burung yang mendengar bunyi dukut itu akan turun betul-betul
di tapak yang disediakan dan akan menjadi jinak seperti 'dipukau'.
Burung
itu juga boleh ditangkap menggunakan tangan. Namun cara ini akan menakutkan
burung yang lain.
Semasa
burung leka makan makanan yang ditabur, pada masa itulah sipenangkap mengikatdi
bahagian leher burung menggunakan tali penarik yang dipanggil 'jahil'. Satu
persatu burung itu dikait dan ditarik secara perlahan-lahan masuk ke dalam
'bumbun'.
Anehnya,
burung yang dikait tidak akan melawan dan tanpa disedari oleh burung-burung
yang diperangkap di sana.
"Burung
yang dijahil itu ditangkap dan dimasukkan ke dalam kurungan khas," kata
Shunie menambah kekuatan mantera boleh menarik perhatian binatang lain seperti
pelanduk, kijang atau payau.
"Ayah
saya pernah menangkap seekor kijang menjerat kaki kijang menggunakan tali dari
akar kayu yang teguh. jika ada banyak burung, biasanya sipenangkap akan
mendapat di antara 14 ekor dan 70 ekor sehari.
"Burung
ini dijual dengan harga RM3.50 seekor dan laris di Sipitang," katanya.
Menuruutnya,
bulan Jun dan Julai adalah musim burung punai kerana pada bulan inilah ada
banyak buah kayu digemari burung ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)