Sumber:
Harian Ekspres, Terbitan : 7 April 2009
Oleh
Jinius Pandakin
SIPITANG:
Biasanya kita hanya mendengar burung ditangkap menggunakan jerat, guna getah
kayu atau pukat burung. Namun Suku Kedayan di Sipitang mempunyai cara
tersendiri dan unik untuk menangkap burung, terutamanya burung punai tanah.
Burung
punai tanah seakan-akan seperti burung merpati tetapi saiznya agak kecil.
Selain
kepakaran memikat burung, suku Kedayan juga terkenal dengan tarian Anding dan
permainan muzik kayu Sadaman. Kaum Kedayan kebanyakannya tinggal di daerah
Sipitang. Selain Sipitang masyarakat ini juga tinggal di Beaufort, Labuan,
Merapok dan Lawas di Sarawak.
Cara
menangkap burung oleh orang Kedayan disebut dalam dialek mereka sendiri
'melagau'bermaksud 'memanggil'.
Seorang
penangkap burung, Shunie Adi, 50, berkatauntuk 'melagau' burung dia perlu
membina sebuah rumah kecil yang dinamakan 'bumbun'.
Berasal
dari kampung Sungai Bubus, kira-kira 6.5 km dari bandar Sipitang, Shunie
berkata, 'bumbun' itu dibuat seperti rumah 'Red Indian' zaman 'koboi' di
Amerika.
"Bumbun
ini diperbuat daripada anak-anak kayu sebanyak tujuh batang yang lurus dan
ditutup dengan daun-daun. Bumbun ini boleh menempatkan satu atau dua orang di
dalam dan jika dilihat dari luar, burung yang di 'lagau' (dipanggil) tidak akan
sedar ada sesiapa di dalam 'bumbun' itu.
Di
depan, lubang kecil 'bumbun' ini dibuat satu tapak seperti padang kecil tempat
burung-burung punai hinggap. Tapakmini jaraknya tujuh tapak kaki dari 'bumbun'
dan tujuh tapak kaki lebar orang dewasa yang dibersihkan. Semasa memanggil
burung, tapah ini ditabur makanan seperti padi atau jagung.
Satu
alat khas yang dipanggil 'dukut' diperbuat daripada bambu nipis yang ukur lilit
bulatannya 4 sm dan 98 sm panjang dan hujungnya disambung dengan buluh nipis
berbentuk seperti alat muzik.
Alat
ini ditiup dari dalam bumbun yang mengeluarkan bunyi seperti burung punai tanah
iaitu 'poo'. Ia ditiup tujuh kali berselang seli. Bunyi dukut itu akan menjadi
tarikan burung yang ada di sekitarnya.
Kata
Shunie, burung yang datang di tapak rumah 'bumbun' itu, semasa memakan umpan
yang ditabur akan menjadi leka.
"Sebelum
'melagau' dilakukan, terlebih dahulu 'mantera' dibaca dan beberapa petua
dilakukan sebanyak tujuh kali, mengambil tujuh helai daun kayu yang tumbuh dari
arah depan bumbun bertujuan memanggil semangat burung itu dan tapak di mana
burung itu turun juga ditanam 'benda' yang boleh menarik perhatian burung
suoaya datang ke tempat tersebut.
"Beberapa
'gerakan' seperti memusing-musing dukut sebanyak tujuh kali akan dilakukan oleh
si pemanggil di depan bumbun sebelum memulakan kerja melagau", katanya.
Shunie
turut 'menurunkan' sedikit penulis dan mendedahkan 'benda' yang dikuburkan.
Tetapi ia dirahsiakan.
Jika
silap melagau kata Shunie, lain yang akan datang. 'Orang halus' yang menyerupai
binatang atau perempuan yang akan datang.
Menurutnya,
jika ada sekumpulan lalat besar berwarna hijau, maka ini bermakna ada sesuatu
yang cuba menganggu. Tetapi biasanya kejadian seperti ini jarang berlaku.
Dalam
pada itu, burung-burung yang mendengar bunyi dukut itu akan turun betul-betul
di tapak yang disediakan dan akan menjadi jinak seperti 'dipukau'.
Burung
itu juga boleh ditangkap menggunakan tangan. Namun cara ini akan menakutkan
burung yang lain.
Semasa
burung leka makan makanan yang ditabur, pada masa itulah sipenangkap mengikatdi
bahagian leher burung menggunakan tali penarik yang dipanggil 'jahil'. Satu
persatu burung itu dikait dan ditarik secara perlahan-lahan masuk ke dalam
'bumbun'.
Anehnya,
burung yang dikait tidak akan melawan dan tanpa disedari oleh burung-burung
yang diperangkap di sana.
"Burung
yang dijahil itu ditangkap dan dimasukkan ke dalam kurungan khas," kata
Shunie menambah kekuatan mantera boleh menarik perhatian binatang lain seperti
pelanduk, kijang atau payau.
"Ayah
saya pernah menangkap seekor kijang menjerat kaki kijang menggunakan tali dari
akar kayu yang teguh. jika ada banyak burung, biasanya sipenangkap akan
mendapat di antara 14 ekor dan 70 ekor sehari.
"Burung
ini dijual dengan harga RM3.50 seekor dan laris di Sipitang," katanya.
Menuruutnya,
bulan Jun dan Julai adalah musim burung punai kerana pada bulan inilah ada
banyak buah kayu digemari burung ini.
No comments:
Post a Comment