MAKLUMAN :
Mulai hari ini laman blog ini adalah merupakan laman persendirian dan tidak ada kaitan dengan Persatuan Kadayan Sabah.
Oleh kerana laman ini mendapat sambutan yang sangat mengalakkan sejak ia diwujudkan, maka saya akan kembali mengaktifkan laman ini. Saya amat menghargai kunjungan dan sokongan semua pengunjung selama ini.
Terima kasih.
Thursday, 12 October 2017
Thursday, 14 August 2014
Kedayan Sepintas Lalu
Sumber : http://s1.zetaboards.com/anaksarawak/topic/3811949/1/
Kaum Kedayan berjumlah sekitar 100
ribu orang di Malaysia dengan tumpuan penempatan di bahagian utara Sarawak dan
Teluk Brunei di Sabah. Nama Kedayan dipercayai berasal dari kata Kedayan atau
Kadang Kadayan yang membawa maksud pengikut atau 'retainer' kepada kerabat di
raja. Nama ini dipercayai diperolehi bersempena dengan pekerjaan awal nenek
moyang mereka yang diyakini berasal dari tanah Jawa atau dari wilayah-wilayah
yang mempunyai pengaruh Jawa yang kuat.
Kepercayaan awal mengatakan yang
bangsa Kedayan ini berasal dari 40 orang tukang dan pengikut Raden Angsuka Dewa
putera raja Majapahit yang kalah bersabung ayam dengan Alak Betatar. Mereka
menjadi taruhan dan gadaian.Peristiwa ini dikatakan berlaku sekitar tahun
1340an. Penempatan asal mereka dikatakan terletak di Mejawa Jerudong Brunei.
Orang-orang tua Kedayan dahulu sering menyebut perkataan Kedayan Mejawa. Nama
Kedayan Mejawa juga pernah disebut dalam kajian lisan asal usul Kedayan oleh
UMS di Labuan.
Kedua, Kedayan dikatakan pengikut
puteri Lela Menchanai permaisuri Sultan Bokiah. Samaada mereka dibawa direct
dari lingkungan Istana Jawa atau tidak itu tidak pasti. Mungkin mereka ini
merupakan keturunan rombongan kapal yang dibawa bersama-sama dengan Puteri Lela
Menchanai. Ini adalah kerana ada pendapat yang mengatakan sewaktu berada di
Jawa, baginda Sultan Bolkiah telah menawarkan beberapa orang Jawa untuk
berhijrah ke Brunei dan menanam padi serta tanaman di sana, kerana baginda
kagum dengan keahlian bangsa Jawa ini dalam bidang pertanian. Rekod di Brunei
juga mencatatkan yang bangsa Kedayan merupakan bangsa yang pertama
memperkenalkan penanaman padi sawah di sana.
Tapi di dalam Syaer Awang Semaun,
tercatat yang bangsa Kedayan telah wujud seawal kewujudan Alak Betatar lagi.
Ini disebut di dalam kisah orang Kedayan telah menolong angkatan laut Johor
mencari Puteri Dayang Pingai yang diculik oleh Awang Semaun untuk diperisterikan
oleh Alak Betatar. Mungkin kedua-duanya benar. Kumpulan Kedayan yang pertama
ialah keturunan pengikut Raden Angsuka Dewa dan kumpulan yang kedua ialah
rombongan dari Jawa yang di bawa oleh Sultan Bolkiah dalam tahun 1524 Masihi.
Bangsa Kedayan boleh dikategorikan
kepada 3 kumpulan iaitu Kedayan Salar, Kedayan Tambing dan Kedayan Melabau.
Kedayan Salar ialah Kedayan yang asli dan pure, Kedayan Tambing ialah Kedayan
Peranakan dan Kedayan Melabau ialah Kerabat di Raja Brunei yang menyamar menjadi
Kedayan dan seterusnya menjadi Kedayan untuk mengelakkan dari dibunuh akibat
perebutan takhta. Kedayan Melabau lebih dikenali sebagai Orang Melabau. Orang
Melabau juga sebenarnya mempunyai darah Kedayan melalui ibu mereka. Kedayan
keturunan Melabau akan menggunakan nama Paduka didepan nama bagi menggantikan
Pangeran.Nama lain bagi orang Kedayan ialah Bangsa Brunei Darat atau Orang
Darat.
Dalam sejarah Brunei, peranakan
Kedayan yang paling dikenali ialah Yang Amat Mulia Pengeran Kassim atau Orang
Kaya Kassim atau Orang Kaya Harimau Padang. Ibunya seorang Kedayan berasal dari
Jerudong tapi tiada nama direkodkan. Baginda merupakan putera kepada Sultan
Saiful Rijal. Sultan Saiful Rijal dikatakan pernah mendirikan istana di kawasan
Sungai Kedayan berdasarkan penemuan arkeologi. Sumbangan terbesar Pangeran
Kassim ialah mengalahkan angkatan Kastilla Sepanyol bersama-sama dengan
Pangeran Bendahara Sakam dan 100 orang pahlawan Brunei.
Pemimpin Kedayan kedua paling terkenal
ialah Mantri Kedayan Paduka Seri Laila Orang Kaya Besar Imas dari Subok pada
abad ke 18. Beliau merupakan anak kepada Pangeran Muda Besar Abdullah dengan
seorang Kedayan, Dayang Siti Ambong binti Abdul Rahman. Orang Kaya Besar Imas
bertanggungjawab membantu Sultan Muhyiddin menewaskan Sultan Abdul Mubin dalam
perang 12 tahun. Pada zaman beliau ini keturunan Kedayan Melabau wujud. Menurut
catatan, saudara Orang Kaya Besar Imas, Pangeran Anak Jamluddin lari dari
istana akibat takut dibunuh oleh orang suruhan Sultan Jalilul Jabbar -Pangeran
Muda Besar Sulong. Sebelumnya ayah Pangeran Anak Jamaluddin, Pangeran mUda
Besar Abdullah dibunuh oleh pengawal istana berketurunan Bugis -Junggal bin
Minu. Keturunan orang Melabau terkenal yang lain ialah Paduka Seri Wahab - Raja
di Darat (diiktiraf Sultan Hashim), Panglima Paduka Jais anak Paduka Nayan.
Panglima Paduka Jais pernah merantau keseluruh Pulau Paaca ( Kedayan bagi Perca
-Borneo) mencari orang-orang Kedayan untuk mendapat sokongan bagi merampas
kembali takhta kerajaan kepada yang berhak. Pada zaman ini berlaku permusuhan
yang ketara di antara Raja Di Laut ( Brunei) dan Raja di Darat ( Kedayan )...
Pemimpin Kedayan lain yang terkenal
ialah Panglima Datu Seri Setia Ghaffar Salam hidup pada zaman Sultan Hashim
Aqamaddin. Sumbangan yang kekal sehingga sekarang ialah nama Bukit Kota. DUN
Bukit Kota Limbang mendapat nama bersempena dengan tempat ini. Bukit Kota
merupakan pusat pertahanan beliau menentang Datu Kalam dalam peristiwa Ayau
Sangkai Kalam.
Banyak lagi kisah mengenai bangsa
Kedayan yang perlu dikaji dan diketengahkan antaranya Panglima Saban ( Kedayan
Sabah dikatakan pengikut beliau), Panglima Kunchang, Haji Brunei ( Pemimpin
Kedayan Pulau Pinang zaman Francis Light), Penghulu Haji Abdul Ghafur (
pemimpin dan pengasas penempatan Kedayan Sibuti Miri ), Juragan Landak
(pemimpin Kedayan di Kuching zaman Brooke), Beliau Samah dan Radat dari Bukit
Sari ( pengasas penempatan Kedayan di Lundu) dan lain-lain. Begitu juga
sumbangan 300 orang Kedayan bersama-sama Pangeran Yusuf yang cuba menentang
peluasan kuasa oleh James Brooke dengan cuba merampas kuasa dari jatuh ketangan
Pangeran Muda Hashim.
Malagau Punai ( Memikat Burung Punai )
Sumber:
Harian Ekspres, Terbitan : 7 April 2009
Oleh
Jinius Pandakin
SIPITANG:
Biasanya kita hanya mendengar burung ditangkap menggunakan jerat, guna getah
kayu atau pukat burung. Namun Suku Kedayan di Sipitang mempunyai cara
tersendiri dan unik untuk menangkap burung, terutamanya burung punai tanah.
Burung
punai tanah seakan-akan seperti burung merpati tetapi saiznya agak kecil.
Selain
kepakaran memikat burung, suku Kedayan juga terkenal dengan tarian Anding dan
permainan muzik kayu Sadaman. Kaum Kedayan kebanyakannya tinggal di daerah
Sipitang. Selain Sipitang masyarakat ini juga tinggal di Beaufort, Labuan,
Merapok dan Lawas di Sarawak.
Cara
menangkap burung oleh orang Kedayan disebut dalam dialek mereka sendiri
'melagau'bermaksud 'memanggil'.
Seorang
penangkap burung, Shunie Adi, 50, berkatauntuk 'melagau' burung dia perlu
membina sebuah rumah kecil yang dinamakan 'bumbun'.
Berasal
dari kampung Sungai Bubus, kira-kira 6.5 km dari bandar Sipitang, Shunie
berkata, 'bumbun' itu dibuat seperti rumah 'Red Indian' zaman 'koboi' di
Amerika.
"Bumbun
ini diperbuat daripada anak-anak kayu sebanyak tujuh batang yang lurus dan
ditutup dengan daun-daun. Bumbun ini boleh menempatkan satu atau dua orang di
dalam dan jika dilihat dari luar, burung yang di 'lagau' (dipanggil) tidak akan
sedar ada sesiapa di dalam 'bumbun' itu.
Di
depan, lubang kecil 'bumbun' ini dibuat satu tapak seperti padang kecil tempat
burung-burung punai hinggap. Tapakmini jaraknya tujuh tapak kaki dari 'bumbun'
dan tujuh tapak kaki lebar orang dewasa yang dibersihkan. Semasa memanggil
burung, tapah ini ditabur makanan seperti padi atau jagung.
Satu
alat khas yang dipanggil 'dukut' diperbuat daripada bambu nipis yang ukur lilit
bulatannya 4 sm dan 98 sm panjang dan hujungnya disambung dengan buluh nipis
berbentuk seperti alat muzik.
Alat
ini ditiup dari dalam bumbun yang mengeluarkan bunyi seperti burung punai tanah
iaitu 'poo'. Ia ditiup tujuh kali berselang seli. Bunyi dukut itu akan menjadi
tarikan burung yang ada di sekitarnya.
Kata
Shunie, burung yang datang di tapak rumah 'bumbun' itu, semasa memakan umpan
yang ditabur akan menjadi leka.
"Sebelum
'melagau' dilakukan, terlebih dahulu 'mantera' dibaca dan beberapa petua
dilakukan sebanyak tujuh kali, mengambil tujuh helai daun kayu yang tumbuh dari
arah depan bumbun bertujuan memanggil semangat burung itu dan tapak di mana
burung itu turun juga ditanam 'benda' yang boleh menarik perhatian burung
suoaya datang ke tempat tersebut.
"Beberapa
'gerakan' seperti memusing-musing dukut sebanyak tujuh kali akan dilakukan oleh
si pemanggil di depan bumbun sebelum memulakan kerja melagau", katanya.
Shunie
turut 'menurunkan' sedikit penulis dan mendedahkan 'benda' yang dikuburkan.
Tetapi ia dirahsiakan.
Jika
silap melagau kata Shunie, lain yang akan datang. 'Orang halus' yang menyerupai
binatang atau perempuan yang akan datang.
Menurutnya,
jika ada sekumpulan lalat besar berwarna hijau, maka ini bermakna ada sesuatu
yang cuba menganggu. Tetapi biasanya kejadian seperti ini jarang berlaku.
Dalam
pada itu, burung-burung yang mendengar bunyi dukut itu akan turun betul-betul
di tapak yang disediakan dan akan menjadi jinak seperti 'dipukau'.
Burung
itu juga boleh ditangkap menggunakan tangan. Namun cara ini akan menakutkan
burung yang lain.
Semasa
burung leka makan makanan yang ditabur, pada masa itulah sipenangkap mengikatdi
bahagian leher burung menggunakan tali penarik yang dipanggil 'jahil'. Satu
persatu burung itu dikait dan ditarik secara perlahan-lahan masuk ke dalam
'bumbun'.
Anehnya,
burung yang dikait tidak akan melawan dan tanpa disedari oleh burung-burung
yang diperangkap di sana.
"Burung
yang dijahil itu ditangkap dan dimasukkan ke dalam kurungan khas," kata
Shunie menambah kekuatan mantera boleh menarik perhatian binatang lain seperti
pelanduk, kijang atau payau.
"Ayah
saya pernah menangkap seekor kijang menjerat kaki kijang menggunakan tali dari
akar kayu yang teguh. jika ada banyak burung, biasanya sipenangkap akan
mendapat di antara 14 ekor dan 70 ekor sehari.
"Burung
ini dijual dengan harga RM3.50 seekor dan laris di Sipitang," katanya.
Menuruutnya,
bulan Jun dan Julai adalah musim burung punai kerana pada bulan inilah ada
banyak buah kayu digemari burung ini.
Sunday, 19 August 2012
Asal-Usul Kedayan Di Sabah
Dipetik Oleh : Admin
Sumber : http://simply-kedayan.weebly.com/editors-choice.htmlHasil kajian ini,kita mendapati banyak teori yang menjelaskan tentang asal-usul kaum Kedayan ke Sabah. Terdapat sumber menyatakan Kedayan merupakan bangsa campuran Orang Jawa dan MasyarakatMelayu Brunei . Sumber ini merujuk kepada peristiwa Sultan Brunei Ke 5 iaitu Sultan Bolkiah(1473-1521) yang pada ketika itu singgah di tanah Nusantara seperti di Kepulauan Jawa, Sumatra, Kalimantan dan termasuklah di tanah Jawa Sultan Brunei telah menyaksikan aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi dan menawarkan mereka untuk menetap di Brunei.
Keterangan ini juga merujuk kepada kenyataan tulisan Harrison and Harrison 1956 turut menjelaskan kewujudan kaum Kedayan dating dari Jawa Majapahit ketika itu dipercayai bermula pada abad ke-14 dan ke-15 di Kota Batu Brunei. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini kaum Kedayan banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait,Bandar Seri Begawan dan Muara (Jerudong). Pada keagungan tamadun Brunei, kaum Kedayan ini telah berpindah-randah sehinggalah mereka berkembang ke Sabah dan Sarawak.
Dalam pada itu sejarah dan kebudayaan Melayu (1995 : 1120) pula mencatatkan bahawa terdapat sumber lisan yang menyatakan orang Kedayan ini berasal dari Indonesia. Setelah beberapa abad mereka menetap di Brunei, mereka berhijrah ke Sabah dan Sarawak. Sehingga ini, pengkaji yang membuat penyelidikan atas asal usul orang Kedayan sering mengaitkan tempat nenek moyang suku kaum ini dengan kepulauan Indonesia, khususnya dari Jawa.
Namun Hose (1912) dalam kajian sejarah suku kaum Kedayan mendapati bahawa suku kaum ini mempunyai pertalian darah dengan pribumi di Kalimantan, oleh itu beliau mencapai keputusan bahawa orang Kedayan berasal dari Kalimantan[3][3].-
Sejarah kedatangan kaum Kedayan ke Sabah bermula dari Selatan Negeri Sabah apabila kawasan ini menjadi sebahagian daripada pemerintahan kerajaan Brunei ketika itu. Kawasan-kawasan yang terlibat ialah di Kg Malintaman (Merintaman), Kg Ulu Sipitang,, Mesapol, Kg. Banting dan Kg Luagan di Sipitang merupakan antara penempatan kaum Kedayan terbanyak di Sabah. Selain itu kaum ini juga terdapat di Mempakul dan Limadan di Kuala Penyu, Kg.Lingkungan , Kg.Inuman dan Kg.Bukau di Beaufort. Manakala di Papar kaum ini terdapat di Kg.Kelanahan dan Kg Kelatuan.
Dalam tinjauan yang dibuat di Kg Banting Sipitang,mendapati bahawa sesetengah warga tua yang menetap di kampung berkenaan menyatakan cerita lisan yang diwarisi turun-temurun mendapati bahawa kedatangan kaum Kedayan di Sabah bermula di Kampung Banting ini. Ianya bermula apabila berlakunya penghijrahan masyarakat Kedayan dari Brunei Darusalam, dan Limbang Sarawak. Cerita ini didukung oleh cerita lisan yang disebarkan dari mulut ke mulut (oral literature) dan menjadi genre cerita rakyat dan legenda. Begitupun ada juga mengatakan kedatangan kaum ini ke Sabah semasa kegemilangan Kesultanan Brunei telah membawa banyak penduduk dari negara itu untuk menetap di Sipitang terutamanya di Mesapol dan di kawasan persisiran pantai barat di Sabah.
Setakat ini, tidak banyak kajian dilakukan ke atas orang Kedayan baik yang dilakukan oleh sejarawan atau ahli antropologi. Salah seorang pengkaji sejarah dan budaya orang Kedayan ialah Allen Richmond Maxwell JR. Beliau telah melakukan penyelidikan penuh peringkat PhD-nya atas budaya suku Kedayan di Lembah Labu, Brunei Darussalam yang berjudul Urang Darat, An Ethnographic Study of The Kedayan Of Labu Valley, Brunei, Yale University[4][4]. Di samping itu, Maxwell (1980) juga menghasilkan sebuah tulisan yang berjudul "On the Various Spelling of the Word Kadayan" (Brunei Museum Journal, Vol. 2, 1970), berhubung dengan pelbagai ejaan dan panggilan orang Kedayan. Akibatnya terhasilah bermacam-macam ejaan yang berlainan seperti "Kadaian", "Kadayan", "Kadian", "Kadien", "Kadyan", "Karayan", "Kedyan", "Kedien" dan "Kerayan". Bagaimana pun pada masa kini, hampir semua bahan cetak termasuk Kamus Dewan, Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu menggunakan ejaan "Kedayan".
Selain Maxwell, tidak banyak kajian secara teliti telah dilakukan atas sejarah dan budaya suku kaum ini. Menurut Bantong Antaran (1985), bahawa asal nama Kedayan itu telahpun wujud bersama-sama dengan kewujudan kesultanan Brunei. Pada mulanya, semua penduduk Brunei hanya lebih dikenali sebagai ‘Melayu’ dan tidak mempunyai suku kaum yang dipanggil atau dikenali sebagai Kedayan ketika sebelum wujudnya kesultanan Brunei ketika itu.
Sunday, 8 April 2012
Masakan dan kuih tradisional serta kesenian Kedayan
Dari sudut makanan pula,tradisi berzaman masyarakat Kedayan ialah masakan Daging Rebus Kedayan, Ayam masak Kedayan, Pais ikan, Salai Berubut, Sambal Tahai, Tarap muda masak lemak, Nasi Kebuli, dan banyak lagi. Masakan-masakan ini merupakan masakan asli dan agak berbeza daripada masakan masyarakat Melayu yang lain walaupun ianya menggunakan bahan dan resepi yang hampir serupa. Selain itu terdapat juga masakan dari tumbuhan hutan yang dimasak seperti humbut hanibung (umbut nibung) atau humbut piasau(kelapa) yang disapak (digaul) dengan ikan masin begitu menyelerakan semasa makan tangah hari.Begitu juga halnya dengan kuih-kuih tradisional orang Kedayan lebih popular dengan bingka dadak kubal chacha, gatas, wajik, kuripit ubi kayu, kelupis, pinyaram, kuih cincin, bahaulu, sasagun, dan jelurut.
Kesenian.
Masyarakat Sabah sememangnya terkenal sebagai salah satu etnik yang kaya dengan seni budaya yang tersendiri. Antara seni budaya masyarakat Kedayan Sabah ialah tarian, muzik, kraf tangan, anyaman, pertahanan diri, pertukangan, ukiran, dan binaan.
Anding ialah satu-satunya tarian tradisi kaum Kedayan yang sehingga kini masih lagi diwarisi dan dipersembahkan. Tidak mempunyai makna khusus pada perkataan anding, namun tarian ini agak popular dalam era 50-an. Dua Kampung yang terkenal dan masih lagi mewarisi tarian Anding ini ialah Kampung Ulu Sipitang dan Kampung Luagan di daerah Sipitang. Beberapa tahun lepas tarian ini telah diangkat semula untuk diketengahkan bagi generasi muda mempelajarinya melalui Persatuan Kedayan Sabah.
Bagi irama lagu, kaum Kedayan ini juga mempunyai lagu-lagu tersendiri yang dinyanyikan oleh penyanyi kaum Kedayan dengan menggunakan bahasa Kedayan seperti Baju Kabaya, Baju Kuung, Cam Cambi, Daun Sadaman, Hujan Baai-Baai, dan Papan Manjungkat[1][9]. Selain itu juga masyarakat Kedayan ini terkenal dengan nyanyian lagu nasyid, bergambus, tarian zapin dan joget.
Gambus merupakan antara alat muzik tradisional yang kian popular di kalangan suku kaum Kedayan. Pada kebiasaanya gambus ini dimainkan semasa majlis keramaian seperti perkahwinan dan juga menyambut tetamu yang terhormat.
Bahan untuk membuat gambus biasanya pembuat gambus akan memilih dan mengambil kayu yang sesuai seperti kayu Santul, kayu Bulayon, dan kayu Limpadok (Bahasa Kedayan) . Jenis kayu ini sangat sesuai dan ia sudah teruji sebagai kayu yang sangat sesuai untuk membuat gambus.
Cerita gambus ini dipercayai berasal daripada sepasang suami isteri, di mana kedua-dua pasangan ini tidak sehaluan kerana dipaksa berkahwin, terutama si suami. Bagi si isteri pula amat sayang dengan suaminya sehingga di mana saja suaminya pergi si isteri ikut sama. Dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh si isteri terhadap suaminya, setiap kali tidur si isteri memeluk suaminya kerana takut ditinggalkan. Bagaimanapun perbuatan si isteri itu hanya sia-sia sahaja, kerana apabila si isteri sedar dari tidur keesokan paginya dia bukan pula memeluk suaminya, tetapi memeluk sebatang kayu.
Oleh kerana cinta kasihnya terhadap suaminya, maka si isteri telah mengukir kayu tersebut serupa bentuk badan suaminya dan telah dinamakan gambus. Ekoran dari itu, gambus hingga kini menjadi kebanggan dan muzik yang popular, khususnya di kalangan suku kaum Kedayan di Kampung Lingkungan Weston, Beaufort, Sabah.[2][10]
Masyarakat Kedayan ini mempunyai banyak permainan tradisi seperti bermain kuhit iaitu sejenis permainan menggunakan tempurung kelapa yang ditebuk ditengah-tengah dan dimainkan secara menggolek dengan menggunakan dua belah kaki. Permainan ayng lebih popular pula ialah permainan gasing. Permainan ini menjadi permainan tradisi yang dimainkan secara rasmi pada setiap tahun di Sipitang Sabah.
Kraftangan yang lain ialah pembuatan kikik (layang-layang) , bagalau
Hasil pertukangan kayu orang Kedayan ialah keupayaan mereka membuat gubang (sejenis sampan), perahu nelayan, alat membajak sawah dan banyak lagi ukiran kayu yang kreatif. Kraftangan kayu yang lain terdapat juga berberapa hasil rekabentuk seperti rempana (rebana;kompang), dan baduk. Selain itu juga terdapat beberapa hasil ukiran tangan pada barang-barang kemas dan tembaga. Begitu juga dengan ukiran pada senjata seperti keris yang mempunyai daya kreativiti asli masyarakat Kedayan.
Kraftangan lain yang juga dihasilkan oleh masyarakat ini ialah seperti anyaman peralatan kegunaan dapur seperti membuat nyiru dan ayagan (alat untuk mengayak beras dan padi), bubu dan siyut (alat dibuat daripada buluh untuk menangkap ikan), belatak dan talaya.
Bentuk binaan rumah kaum Kedayan dipengaruhi oleh masyarakat Melayu Brunei dan kebudayaan setempat. Biasanya rumah masyarakat ini berkonsepkan rumah balah bubung (belah bumbung). Ianya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pantaran (luar rumah), langgar (ruang tamu) dan dapur. Begitu pun rumah Kedayan tradisional begitu ringkas, bertiangkan kayu yang ala kadar besarnya, berlantaikan buluh, beratapkan daun nipah, untuk mencantum dari tiang ke atap, tiada sebilah paku yang digunakan, semuanya menggunakan lilitan dan ikatan rotan mahupun akar. Antara jenis ikatan yang digunakan ialah ikatan angit, ikatan tindih, ikatan tapak pelanduk dan ikatan genggam ambuk.
Nama-nama lantai dan rangka rumah hingga ke atap antaranya; sangka(r) tiang belakang, sangka(r) tap balaai, suga-suga, kasau, tetaban, penyucuk, gelagaa(r) laas, bumbung dan atap.
Bagi kebanyakan alat muzik masyarakat bumiputera Sabah pula diperbuat daripada buluh. Terdapat pelbagai jenis alat muzik yang dicipta.Penciptaan alat muzik ini menunjukkan masyarakat Sabah mempunyai kemahiran dan keunikannya yang tersendiri.
Bagi masyarakat Kedayan, Kulintangan Kayu Sadaman ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular. Biasanya kulintangan ini dimainkan oleh tiga atau empat orang pemain, dan dimainkan semasa majlis perkahwinan, menyambut tetamu, dan juga majlis keramaian suku kaum Kedayan. Alat muzik ini pada keseluruhannya diperbuat sepenuhnya daripada kayu Sadaman.[3][11]
Dari sudut pertahanan diri, kaum Kedayan juga turut mewarisi seni persilatan.
Sosiobudaya, Adat resam, Sistem sosial, dan Pendidikan Kedayan
Sosiobudaya masyarakat Kedayan di Sabah banyak dipengaruhi oleh keadaan di sekelilingnya. Pada kebiasannya budaya hidup masyarakat ini dipengaruhi oleh ahli keluarga dan masyarakat yang akan membimbing golongan muda mengenai peraturan,adat resam, agama serta kepercayaan yang telah diwarisi mereka sejak turun-temurun. Pada umumnya seseorang individu itu akan lebih memahami sosiobudaya hidup masyarakat mereka melalui pendidikan tidak formal yang bermula dari rumah sehinggalah kepada komuniti tersebut.
Pada kewujudan kaum Kedayan,kaum ini mempunyai tempat tinggal yang dipunyai oleh dua kelompok yang berbeza dan berasingan, iaitu yang tinggal di pesisiran pantai dan kuala sungai yang bekerja sebagai nelayan.Manakala satu kelompok lagi mendiami kawasan pendalaman dan bekerja sebagai petani dan pesawah. Kehidupan tradisi masyarakat Kedayan adalah bergantung kepada kegiatan-kegiatan ekonomi tradisional seperti mengusahakan sesuatu bagi memenuhi keperluan dalam kehidupan harian.
Begitupun pada ketika ini kegiatan ekonomi masyarakat Kedayan ini telah berubah dan menjadi moden berbanding kehidupan masyarakat dahulu. Kedayan sekarang ini lebih banyak bergantung atau bekerja dengan Kerajaan dan juga dalam sektor swasta. Jika adapun,masyarakat Kedayan yang masih melakukan aktiviti seperti bertanam hanyalah sebahagian orang-orang tua yang hanya bertujuan untuk mengisi masa lapang dan untuk keperluan mereka sahaja. Corak kehidupan tradisi masyarakat Kedayan mempunyai kaitan yang sangat rapat dalam bidang pertanian . Kegiatan pertanian ini telah dijadikan sebagai sumber pendapatan yang utama bagi kehidupan puak Melayu Kedayan ketika itu.
Antara aktiviti pertanian yang mereka usahakan ialah penanaman padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan menternak haiwan peliharaan seperti ayam dan itik. Aktiviti lain yang turut diusahakan termasuklah memburu binatang kerana faktor geologi dan kedudukan penempatan yang dikelilingi hutan telah mendorong kegiatan ini. Salah satunya ialah mundul taipas (taripas). Selain itu kedudukan mereka di persisiran pantai dan tepi sungai juga telah mendorong kegiatan ekonomi lain seperti menangkap ikan dengan cara tradisional. Salah satunya mereka akan memancing ikan dengan menggunakan peralatan tradisi seperti bubu, jala dan siyut untuk ikan air tawar dan menggunakan pukat dan ancau apabila menangkap ikan di laut.
Peraturan dan Adat Resam.
Masyarakat Sabah sememangnya kaya dengan adat resam dan pantang larang hidup yang tersendiri. Hal ini telah menjadikan adat dan pantang larang sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian masyarakat bumiputera di Sabah. Amalan adat dan pantang larang dalam sesebuah masyarakat ini bertujuan memelihara dan menjamin kesejahteraan hidup.
Masyarakat Kedayan seperti juga halnya dengan masyarakat Melayu di Semananjung Malaysia dan Sarawak mempunyai adat dan budaya yang sama serta saling mempercayai dan mematuhi undang-undang adat. Jika seseorang itu tidak mematuhi undang-undang adat yang ditetapkan, maka sesuatu perkara yang tidak baik serta malapetaka akan menimpa masyarakat tersebut. Begitupun ianya Terdapat beberapa undang-undang adat yang menjadi amalan penduduk di Sabah. Antaranya yang berkaitan dengan pertanian, perkahwinan, dan kematian.
Adat Pertanian
Faktor geografi dan lokasi setempat masyarakat Kedayan telah mendorong kepada kegiatan sosioekonomi dalam bidang pertanian, memburu dan nelayan. Penanaman padi merupakan pekerjaan utama masyarakat ini sehingga kini masih lagi mengamalkan pertanian tradisi. Sebelum menanam dan ‘mengatam’ (menuai) padi dijalankan kawasan penanaman padi terlebih dahulu di’tetakan’ (dibaca doa) oleh seorang pawang dengan cara manangas (Membaca ayat suci atau doa) di sekeliling kawasan padi padi empat penjuru.
Apabila padi telah masak petani-petani ini akan batulong-tulongan (bantu-mambantu) mengatam padi. Padi yang telah diketam (dituai) akan di simpan di dalam durong iaitu sebuah tempat yang dibuat untuk berehat dan menyimpan padi. Kerabau masih digunakan untuk membantu petani mengangkut hasil padi begitu juga sebagai jentera untuk membajak sawah. Secara tradisinya para petani ini juga akan menggunakan alat galok (sabit) untuk mengetam (menuai) padi .
Di samping itu para petani Kedayan juga melakukan aktiviti mundul taipas (cara menangkap burung taripas). Aktiviti ini sememangnya telah terkenal di kalangan kaum Kedayan. Untuk menangkap burung ini mereka akan menggunakan jaring mengikut cara tradisi mereka. Selain itu memburu payau (rusa) juga merupakan pekerjaan rutin pada musim menuai .
Bagi penduduk Kedayan yang tinggal di persisiran pantai dan di tebing sungai pula lebih cenderung kepada aktiviti nelayan. Sama halnya seperti nelayan-nelayan dari suku kaum yang lain nelayan Kedayan menjalankan aktiviti mengangkap ikan dengan menggunakan rambat (jala), pukat, bujak (lembing), bubu, babang dan manimba untuk menangkap ikan. Gubang (perahu kecil)dan perahu merupakan sejenis pengangkutan air yang popular, juga akan digunakan untuk mengangkap ikan. Gubang juga telah menjadi kenderaan pengangkutan utama suatu ketika dahulu untuk mengangkut hasil tanaman dan makanan seperti padi dan beras.
Adat Perkahwinan
Setiap kumpulan etnik di Sabah mempunyai adat tersendiri dalam menjalankan upacara perkahwinan. Bagi masyarakat Kedayan, adat perkahwinan adalah sama seperti juga masyarakat Melayu. Umumnya adat sesebuah perkahwinan masyarakat ini dimulakan dengan berjarum-jarum (merisik) di mana keluarga laki-laki dating ke rumah bini-bini (perempuan).
"Adat perkahwinan masa dulu ani ialah kepala baiyairinya ialah kinkin pembuka mulut kayis laki-laki yang mengantati arah bini-bini karang ani inda lagi ada usuri sebagai penggantinya mun kelangkahan dulang adik kahwin dulu bagi yang bini-bini yang laki-laki inda pulang ada bagi kelangkahan dulang laki-laki ani masti bagi kinkin kepada yang dilangkahi dulang atu sepasang seorang tu sama seperti yang di bagi kepada pengantin perempuan kalau bangsa lani lagi banyak ankup dangan sepasang kasut kinkin sebantuk dan tudung dulang jua tanda bertunang kinkin sebantuk pembuka mulut seperti basar-basar jarum atu mulanya seratus saja belanja hangus kaban lima belas ijib saja seekong jadi kira mulanya belanja karun masa dulu atu." Oleh Piah Bte Karim (umur 70 tahun, 2000), Limbang, Sarawak.
Selepas itu diikuti dengan bersarang gundih (meminang) dengan membawa sebentuk kinkin (cincin). dan acara mengantat barian (hantaran kahwin). Mengantat berian ini biasanya bakal pengantin laki-laki akan memberi wang hantaran bersama seikung kerabau (seekor kerbau).Seterusnya apabila kata sepakat telah dicapai majlis nikah akan dilangsungkan dengan diikuti majlis bertimbang (bersanding).
Seminggu sebelum majlis kahwin diadakan memucang (gotong-royong) kalangan keluarga terdekat dan jiran datang untuk membuat persiapan perkahwinan. Biasanya memucang ini dilakukan bagi mempersiapkan khemah, dapur memasak (tempat mendadih) dan membuat kuih-muih. Sehari sebelum majlis perkahwinan pula majlis mendadih (memasak) iaitu mengelupis (sejenis makanan seperti ketupat yang diperbuat daripada pulut) . Menyembelih kerbau secara berami-ramai seringkali dilakukan untuk dijadikan lauk-pauk semasa jamuan makan. Daging kerbau tersebut seterusnya dipotong-potong dengan mengarap (mencincang) biasanya dilakukan oleh kaum wanita secara beramai-ramai.
Adat bagi pengantin perempuan (bini-bini) pula, terlebih dahulunya sebelum menjelang saat perkahwinan orang-orang tua telah memberikan beberapa petua dan adat tradisi yang mesti dipatuhi. Umpamanya mandi langir bagi membersihkan dan mencantikkan wajah dan kulit bakal pengantin perempuan. Sesetengah adat pula melarang bakal pengantin perempuan ini keluar rumah selama satu atau dua minggu sebelum majlis perkahwinan. Adat ini mesti dipatuhi kerana khuatir akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku ke atas bakal pengantin.
Pada malam selepas diijab Kabul (nikah) pula dilangsungkan majlis malam bebadak (majlis berinai) . Pada malam ini majlis disertai bacaan berzanji, merhaban dan selawat ke atas nabi s.a.w. Majlis merenjis pengantin akan dilakukan oleh kaum keluarga dan jiran yang hadir dalam majlis ini semasa selawat nabi dialungkan. Selepas itu diadakan pula acara bergambus (tari-menari) dan dan pada ketika ini diadakan juga acara karaoke. Menjelang larut malam pula diadakan acara Mukun atau Bergendang..Acara ini sangat popular pada ketika dahulu di mana tiga orang wanita pemukul gendang atau rempana sambil berpantun seloka, berbalas-balas dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk berbalas pantun. Kaum Kedayan merujuk pantun sebagai pantun atau sabut-sabutan (walaupun kebanyakannya merujuk teka-teki)Si penjual pantun pula akan menyampaikan pantun dengan intonasi dan suara mengikut rentak gendang yang dialunkan.
Biasanya kaum wanita yang menjual pantun untuk dibalas oleh golongan lelaki, tidak kira tua mahupun muda. Begitupun lain pula halnya bagi pengantin, seluruh badannya akan disapu dengan dadak (bedak yang diperbuat daripada beras dan semua jari tangan dan kaki akan dipacari (inai).
Pada hari majlis perkahwinan diadakan jamuan makan kepada semua yang hadir dan yang dating pula akan membawa buah tangan untuk diberi kepada pihak pengantin. Mandi pengantin dilakukan dengan beradat sambil diiringi dengan pukulan gulintangan dan rempana. Seperti juga dengan tradisi masyarakat Melayu, pengantin lelaki yang akan bertandang ke rumah pengantin perempuan akan diiringi oleh kumpulan rempana(kompang) dambil membawa bunga manggar. Pengantin lelaki ini akan ditunda (dipimpin) dengan menggunakan saputangan oleh seorang imam atau orang yang dianggap layak memimpinnya. Majlis bertimbang ( bersanding) dilakukan dari atas pelamin sehinggalah ke luar rumah supaya yang hadir dapat menyaksikan kedua-dua pengantin tersebut. Pada malam itu pula pasangan pengantin ini dilarang tidur kerana dipercayai sesiapa yang tidur akan mati cepat. Selain itu acara maliwan (Pengantin lelaki akan membawa isteri bersama rombongan balik ke rumahnya) diadakan selepas tiga atau lima hari majlis perkahwinan.
Adat Kenduri
Kenduri ialah majlis membaca doa dengan menjemput saudara mara dan jiran terdekat dan disajikan dengan jamuan makan selepas membaca doa. Kenduri yang biasanya dilakukan oleh masyarakat Kedayan ialah kenduri doa selamat bagi menyatakan maksud mensyukuri setelah mendapat sesuatu dan kenduri ini biasanya dibuat selepas mengatam padi. Begitu juga halnya dengan kenduri menyambut kelahiran bayi, kenduri gunting rambut bayi, kenduri selepas berkhatan dan kenduri doa arwah iaitu kenduri mengingati keluarga yang telah meninggal dunia. Selain itu ada juga sesetengah orang tua yang masih mempercayai kenduri membaca doa tolak bala kerana rumah dimasuki oleh binatang liar seperti ular dan biawak.
Adat kelahiran
Biasanya adat kelahiran ini adalah berpandukan kepada hukum dan syariat dalam Islam. Anak yang baru dilahirkan akan dibangkan (diazankan) oleh bapa atau lelaki terdekat kepada anak berkenaan). Seterusnya akikah dilaksanakan sebagai perkara sunat mengikut Islam bagi anak yang baru dilahirkan itu. Adat bercukur pula dilakukan apabila anak tersebut telah melangkui usia 1 bulan diadakan secara beramai-ramai dengan melagau (memanggil) saudara mara dan jiran terdekat .
Adat ini biasanya diadakan bacaan berzanji, merhaban dan berselawat ke atas nabi sambil anak tersebut dipotong beberapa helai rambut dan ditabur beras kunyit dan direnjis dengan wangi-wangian. Adat kelambiji (bersunat) juga masih dilakukan sehingga ke hari ini. Majlis ini biasanya dilakukan selepas anak lelaki tersebut berkhatan. Majlis yang dilakukan sama seperti majlis cukur rambut.
Adat Kematian
Apabila seseorang itu telah menginggal dunia, beberapa kepercayaan dan telah menjadi amalan sunnah yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah. Ianya dilakukan adalah bagi mendoakan si mati semoga roh simati diampuni dosa dan sejahtera. Sebagai memenuhi tuntutan agama masyarakat Kedayan akan mengadakan majlis ini dengan menjemput saudara mara dan jiran untuk mengadakan sembahyang di rumah si mati selama tujuh hari berturut-turut. Selepas itu diadakan kenduri tiga hari diikuti Makan Tujuh hari (kenduri hari ke tujuh) dan kenduri makan empat puluh hari. Kenduri Jumat-jumatan (setiap malam Jumaat) juga diadakan sehingga empat puluh hari tadi. Ini diikuti dengan kenduri haul (ulang tahun kematian) yang akan diadakan pada setiap tahun bagi mengenang kemangkatan si mati.
Kenduri arwah juga turut diadakan pada setiap tahun menjelangnya bulan Syaaban (taqwim Islam) dan biasanya selepas Nisfu Syaaban sebelum menjelangnya Bulan Ramadhan.
Pendidikan
Masyarakat Kedayan di Sabah menerima pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan tidak formal dipelajari oleh kanak-kanak melalui keluarga atau masyarakat yang bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan. Pada peringkat ini kanak-kanak telah diajar cara-cara seperti memancing, memanja, berburu, bertukang, menyumpit,bersawah, dan berternak. Pendidikan ini bermula dengan mengajar kanak-kanak mempelajari kemahiran ini bagi membolehkan mereka berdikari apabila dewasa kelak.
Atas kesedaran mengenai dengan kepentingan pendidikan bagi anak-anak, masyarakat Kedayan juga tidak ketinggalan bagi memberikan pendidikan yang tinggi kepada anak-anak mereka. Anak-anak telah dihantar ke sekolah bagi menimba ilmu pengetahuan yang amat berguna suatu masa kelas di samping dapat mengubah kehidupan mereka sebelum ini yang hanya mengharapkan kepada bercucuk tanam sahaja.
Pendidikan secara formal pula amat terhad dan hanya tertumpu pada pendidikan agama Islam seperti membaca al-Quran dan menulis jawi yang diadakan di surau, pondok, serta rumah guru agama. Begitupun pendidikan sekular tidak diabaikan dan menjadikan pendidikan ini sebagai wajib kepada anak-anak masyarakat Kedayan bagi menghadapi masa depan. Anak-anak masyarakat Kedayan mendapat pendidikan asas ini dengan belajar secara formal di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta. Pada peringkat umur 3 hingga 6 tahun anak-anak ini telah menduduki sekolah di Taman Didikan Kanak-kanak ( TADIKA), Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA), Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan di sekolah-sekolah swasta.
Pada peringkat 7 hingga 12 tahun anak-anak masyarakat Kedayan menerima pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan dan sehinggalah ke sekolah menengah (13 hingga 17) tahun. Selain itu juga pendidikan masyarakat ini juga telah mendapat pendidikan sehingga mencapai ke peringkat ijazah.dengan mengikuti program pensiswazahan di universiti-universiti tempatan dan luar negara.
Kepercayaan dan agama
Masyarakat etnik di Sabah pada peringkat awal adalah pagan dan mengamalkan kepercayaan animisme. Setiap etnik mempunyai nilai hidup yang berbeza antara satu sama lain. Pengaruh agama Islam pada abad ke-16 secara beransur-ansur telah membawa perubahan dalam kehidupan mereka dan nilai-nilai Islam telah diamalkan terutamanya di kalangan etnik Bajau dan Melayu-Brunei. Begitu juga bagi etnik Kedayan, Islam merupakan agama yang telah dianuti sejak turun-temurun.
Kepercayaan dan pantang larang masyarakat Kedayan tidak banyak bezanya seperti masyarakat Melayu di Semenanjung dan di Sarawak.Begitu juga
seperti masyarakat Islam yang lain, kaum Kedayan juga menyambut hari raya Aidilfitri, hari raya Aidil adha, Maulud nabi s.a.w, Nisfu Syaaban dan Awal Muharram.
Ilmu batin orang Kedayan
Dalam kajian ini juga saya sempat merujuk kepada orang yang tahu tentang ilmu kebatinan orang Kadayan bahawa sebahagian dari ilmu kebatinan kaum ini adalah terpesong dari akidah kita sebagai umat Islam, terutama sekali yang menggunakan mentera. Begitupun dalam kajian ini , ada juga terdapat ilmu kebatinan suku kaum Kadayan yang menggunakan ayat-ayat suci al-quran dan berlandaskan sepenuhnya kepada tatacara dan peradaban Islam, terutamanya dibidang perubatan tradisional.
Pada ketika dahulu ilmu kebatinan ini biasanya digunakan untuk ‘mencuba’ sesuatu kepada perkara atau perbuatan orang. Pada masa dahulu orang-orang tua ‘batupa’(berlawan;bersaing) ilmu batin ini, yang menunjukkan siapa yang lebih tinggi ilmunya. Antaranya ilmu kebatinan yang digunakan apabila adanya majlis perkahwinan atau keramaian, ada di antaranya yang mencubu ilmu batin dalam masakan yang dimasak dalam majlis tersebut. Apa yang berlaku apabila mereka memasak sesuatu makanan(seperti daging) itu tidak akan masak walaupun telah dimasak sehingga berjam-jam lamanya. Bahkan apabila menanak nasi dalam kawah juga tidak akan masak walaupun telah berbau hangit tetapi di atasnya masih juga beras.
Lain pula halnya dengan senapang tidak meletup apabila dipetik bucunya. Ini juga pernah berlaku pada ketika majlis perkahwinan, pengantin lelaki yang datang ke rumah pengantin perempuan akan disambut dengan letupan seperti mercun dan tembakan senapang. Ada di antaranya orang tua yang mempunyai ilmu batin in ‘mencuba’ ilmu batin mereka sehingga senapang itu tidak meletup atau berbunyi walaupun berulang kali di petik.
Selain itu ada juga ilmu batin orang Kedayan ini yang pandai bermain api yang boleh terbang pada waktu malam. Pada orang tua-tua jika ternampak api di atas pokok durian atau di udara, janganlah kita lihat atau tegur kerana ianya boleh membawa musibah kepada yang melawannya.
Ilmu Pantak[1][6] merupakan salah satu ilmu ghaib yang masih diamalkan dalam masyarakat Kedayan. Ianya lebih kepada ilmu yang menyebabkan seseorang itu akan sakit dan mungkin juga menemui ajal jika terkena ilmu pantak ini. Suatu ketika dahulu ilmu ini diamalkan oleh orang tua-tua dan ianya telah semakin pudar kerana pengamal ilmu ini telah meninggal dunia dan ianya bertentangan dengan ajaran Islam.
Ilmu Pugai sememangnya telah terkenal sejak zaman dahulu dalam masrayakat Kedayan. Biasanya ilmu ini seperti juga ilmu pukau yang menyebabkan seseorang anak dara itu terpikat kepada seorang lelaki yang ‘memugainya’. berkeinginan untuk memperisterikannya.
Tapi oang Kadayan jangan dicabar pasal mahunja pasangan. Ada oang Kadayan yang pandai MUGAI. Aku nie tadangaa caita jua nganya, sama ada banaa atu inda, inda taku tahu, tapi PUGAI dikalangan masyarakat Kadayan mimang ujud. Sakuat-kuat PUGAI, caita oang patuhaan mulanya ialah bila bisia dapat MUGAI batu pangilingan lada bananang atas aing. Sandi tu PUGAI Kadayan. Bilakan dikia-kia, batu pangilingan lada atu baat, apa jua olahnya bananang kian. Amun batu pangilingan lada dapat bananang atas aing, apa lagi jalama. Sandi, sandi. Ani kan caita jua nganya. Aku inda ku balajaa ilmu PUGAI.[2][7]
Selain itu terdapat juga kepercayaan tentang burung yang membawa pelbagai khabar yang tidak baik akan berlakunya sesuatu yang buruk di komuniti tersebut masih lagi dipercayai.
Kalau nya kadayan di Brunei Darussalam burung Bugang anitah yang suka membawa khabar inda baik bila ia berbunyi siring rumah diwaktu malam. Kunonnya ada adatah orang kan Nuhon atau sakit kuat sebagai tanda tanda orang hampir siring rumah kan Nuhon. Kepercayaan ini masih dipercayai oleh orang tuha tuha kitani di Brunei Darussalam yang lahir sebelum tahun 70an.Tetapi generasi muda kitani inda ingau lagi pasal bunyian bunyian burung burung membawa khabar ani. Kerana agama kitani Islam sudah kuat berkembang.
Begitu jua ceritanya dengan burung Tuit-tuit bila berbunyi dan lacus lacus terabang barang kepala. Apalagi bila masa menyiut Mengkutut/Bangkutut (udang air tawar) lakas lakastah mulih ketungkalan takut ada yang kan Nuhon dikampung. Bugang jua mun ia hinggap di Bubung rumah masyarakat kitani dahulu lakas lakas makan doa selamat tolak bala ditakuti mati serumah. Begitulah sedikit ceritanya ditempat kami di Negara Brunei Darussalam yang ada masih mempercayainya.[3][8]
Kepercayaan lain pula, masyarakat Kedayaan juga percaya sebelum bertolak meninggalkan rumah untuk pergi ke suatu tempat yang jauh. Jika sekiranya ada kucing melintas di hadapan atau kedengaran bunyi burung gagak sebelum kita berangkat, hendaklah kiuta membatalkan pemergian tersebut kerana bimbang akan berlakunya sesuatu yang tidak baik ke atas kita atau keluarga kita. Petanda ini masih lagi dipercayai oleh masyarakat di kampung sehingga hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)